fbpx
Mahkamah

Hina TMJ: Patrick Teoh dijamin RM10,000

JURUHEBAH Teoh Kang Yong atau Patrick Teoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan membuat kenyataan jelik di akaun Facebook terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Patrick Teonh, 73 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan dia memuat naik kenyataan dengan niat menyakitkan hati terhadap TMJ pada 8 Mei lalu.

BACA Kenyataan jelik terhadap TMJ, Patrick Teoh direman tiga hari

Hakim menetapkan 20 Julai bagi serahan dokumen dan RM10,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin.


Pertuduhan mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya selain denda RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.-SM

(Visited 5 times, 4 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button