Hiburan

Lufya risau lihat kes positif Covid-19 lepas pulang Pulau Langkawi

SELEPAS pengumuman pergerakan rentas negeri dibenarkan, ramai sebenarnya yang berpusu-pusu melancong ke luar negeri.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Pulau Langkawi. Namun, beberapa kes positif Covid-19 yang dicatatkan selepas pulang daripada lokasi tersebut membuatkan ramai risau.
Turut melahirkan kerisauan ialah penyanyi, Lufya yang mencari klinik berpatutan untuk mereka menjalani ujian saringan Covid-19.
“Tak dinafikan memang ada rasa menggelabah sikit bila dengar berita tersebut. Saya sendiri rasa kena buat juga ujian saringan tersebut,” katanya yang baru pulang dari pulau peranginan itu.
Menurut Lufya atau nama sebenarnya,  Lutfyah Sheikh Omar, ramai yang tidak patuh pada pematuhan operasi standard (SOP) termasu memegang anaknya sewaktu di sana.
Malah, dia juga teprkasa membatalkan hasrat untuk ke Pantai Cenang apabila melihat rakaman video yang mamaparkan pengunjung yang terlalu ramai.
“Masalah utama orang kita ialah tidak menjaga SOP. Teringin juga nak ke Pantai Cenang tetapi kami batalkan hasrat itu.
“Terlalu ramai pengunjung ke pantai tersebut dengan tidak memakai pelitup muka dan bersentuhan,” katanya.
Disebabkan itu juga menurut Lufya, dia memilik untuk pergi bercuti ke sebuah pulau persendirian di sana.
Jelasnya, walaupun kos percutian itu menjadi tinggi, tetap demi keselamatan mereka terpaksa berbuat demikian.
Dalam pada itu, Lufya juga meminta orang ramai supaya tidak leka dengan Covid-19 walaupun negara bakal memiliki vaksin.
“Barisan hadapan (frontliner) yang akan dapat vaksin dahulu. Itu pun kita belum tahu keberkesanannya,” jelasnya. -SM
(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button