AgamaNegeriPendidikanRencah Hidup

FCoEE sentiasa fokus pendekatan pendidikan Lestari

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan semasa berkenan berangkat ke Persidangan MAIPs Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KUIPs di Kampus Pauh Putra.

FAIZUDDIN  Center of Educational Excellence (FCoEE) sebuah entiti di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa memberikan perhatian dan fokus kepada pendekatan pendidikan Lestari.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Persidangan MAIPs Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KUIPs Kampus Pauh Putra.

Mendirikan Lestari (Sustainable Education) merupakan satu pendekatan yang wajar diterapkan demi memastikan kejayaan pembentukan generasi seimbang pada masa akan datang.

Demikian dihasratkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menerima persembahan laporan tahunan pelaksanaan aktiviti FCoEE MAIPs oleh pengerusinya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin sempena Persidangan MAIPs Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Kampus Pauh Putra.

Baginda bertitah, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini haruslah turut mengambil kira setiap garis masa dalam proses pembelajaran yang akan dialami oleh seseorang pelajar.

“Untuk itu, kurikulum yang bersifat inklusif perlulah dilaksanakan agar setiap aspek melibatkan pelajar diambil perhitungan,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mempengerusikan Persidangan MAIPs Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KUIPs Kampus Pauh Putra.

FCoEE merupakan sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang ditubuhkan oleh MAIPs di bawah kluster pendidikan melalui inisiatif Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0. – SM

BACA 8 anugerah projek inovatif pendidikan dalam pembangunan lestari milik UIAM

(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button