Hiburan

Hina orang asli, Siti Sarah mohon maaf

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin memohon maaf atas dakwaan menghina masyarakat Orang Asli.

Penyanyi itu turut berharap agar pemohonan maaf ini diterima memandangkan ia berlaku secara tidak sengaja.

“Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengakui kontroversi itu sedikit sebanyak turut mencalarkan namanya sebagai selebriti dan usahawan, isteri kepada Shuib Sepahtu ini juga menjelaskan tidak terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana mana kaum di Malaysia.

“Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial.

“Saya percaya segala perbuatanakan menjadi perhatian masyarakat.
Namun susulan insiden yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

“Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya Siti Sarah Raissuddin tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia,”tulisnya lagi.

Terdahulu, Siti Sarah menjadi mangsa kecaman warganet di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dia menghina masyarakat Orang Asli.

Video yang dikongsi Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura itu juga dijelaskan Siti Sarah dimuatnaik tanpa kebenaranya. – SM

(Visited 501 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button