Nasional

Kenyataan berbaur hasutan terhadap Agong, Ronny Liu ditahan polis

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew ditahan susulan status di media sosialnya yang didakwa mempunyai unsur menghasut terhadap Yang di- Pertuan Agong.

Penahanan pemimpin parti DAP itu disahkan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

“Ronnie Liu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini kira-kira pukul 10.40 pagi.

“Dia ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dia akan dibebaskan bergantung kepada keterangan yang diberikan berkaitan siasatan yang dijalankan,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu Ronny Liu antara yang diburu pihaknya kerana memuat naik kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button