Ekonomi

Perbandaran Ara Damansara Sime Darby Property Terus Gemilang

Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mengumumkan kejayaan TRiARA Residences, pembangunan kediaman bertingkat tinggi yang terakhir di perbandaran terkemuka Ara Damansara.

Pencapaian ini membuktikan permintaan kukuh untuk kediaman di Ara Damansara dan kepercayaan terhadap jenama Sime Darby Property.

Pembeli rumah merebut peluang untuk memiliki kediaman di Ara Damansara dengan 216 daripada 304 unit ditempah sewaktu pelancaran rasmi Fasa 1 – di mana kejayaan ini bersamaan dengan RM225.9 juta jumlah tempahan.

Pembangunan mesra alam TRiARA Residences juga menawarkan sebanyak 450 unit yang akan diperkenalkan dalam dua fasa dengan saiz dari 1,216 kaki persegi ke 1,808 kaki persegi, serta harga permulaan daripada RM850,000.

Projek ini merangkumi tiga blok di atas tanah seluas 5.6 ekar dan menawarkan unit-unit yang moden dan bersesuaian untuk penduduk pelbagai generasi. Dikelilingi kawasan landskap yang indah, projek ini dijangka siap menjelang 2028.

Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei berkata, prestasi cemerlang TRiARA Residences menggambarkan pemahaman mendalam Syarikat mengenai pasaran perumahan, serta keupayaannya untuk menawarkan rumah dengan reka betuk praktikal untuk semua peringkat umur, di lokasi yang ideal dan pada harga yang kompetitif.

“Pembeli dan pemilik rumah masa kini berpendapat kukuh mengenai rumah. Sime Darby Property telah berjaya memahami pasaran hartanah yang kian berkembang dan secara konsisten telah memberikan pelanggan keyakinan termasuk fleksibiliti dalam perancangan ruang untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup.

Reka bentuk utama TRiARA Residences, digandingkan dengan reka bentuk mampan, menjadikannya rumah idaman yang ideal,” katanya.

Daya tarikan TRiARA Residences terletak pada konsep kehidupan mesra alamnya yang menampilkan kehijauan, taman kerja bersama, tempat letak kenderaan eletrik (EV) dan bioswales untuk pengurusan air ribut.

Pembangunan ini menitikberatkan aspek  keselamatan dengan penawaran sekuriti 24 jam dan tempat turun peribadi untuk setiap blok.

TRiARA Residences telah memperoleh Sijil GreenRE Gold Rating (Provisional) yang membolehkan pembeli mendapat akses kepada pembiayaan hijau yang ditawarkan oleh pelbagai bank pada kadar yang kompetitif.

Terletak secara strategik berhampiran lebuh raya dan kemudahan utama termasuk CITTA Mall, Paradigm Mall, Ara Damansara Medical Centre, dan Lotus’s Hypermarket, TRiARA Residences menawarkan akses kepada tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (“LDP”), Lebuhraya Baru Lembah Klang (“NKVE”), Lebuhraya Persekutuan serta stesen Light Rapid Transit (“LRT”) Ara Damansara dan Lembah Subang.

Subang Skypark yang terletak berdekatan akan membolehkan penduduk berjalan-jalan serata Malaysia
dengan mudah.

Sime Darby Property berada di landasan yang tepat untuk merubah daripada sebuah pemaju hartanah pure-play kepada sebuah syarikat hartanah menjelang 2025, dengan tumpuan untuk menjadi pemaju utama, pembina komuniti serta pengurus pelaburan dan aset.

Dedikasi ini selari dengan Matlamat Syarikat sebagai Pengganda Nilai kepada Masyarakat, Perniagaan, Ekonomi dan Planet.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.triararesidences.com atau berkunjung ke Galeri Jualan Ara Damansara untuk melihat unit pameran dan memiliki rumah idaman anda hari ini. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button