Politik

RoS luluskan pemohonan pindaan Perlembagaan UMNO

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaannya.

Kelulusan berkuat kuasa pada 29 Julai itu, bagaimanapun, diluluskan dengan sedikit pindaan oleh RoS, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dengan kelulusan itu, bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

Menurutnya, RoS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

RoS juga meminta satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

“Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya, semalam.

Artikel berkaitan > Apa sahaja keputusan RoS, UMNO perlu terima

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button