Hiburan

Hilang deria rasa, Puteri Sarah positif Covid-19

PELAKON, Puteri Sarah mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan semalam.

Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu, dia mula mengesyaki dirinya dijangkiti wabak tersebut seelmas hilang deria rasa dan bau.

“Saya sebelum ini sudah menjalani dua kali ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

“Dah cuba menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak bercampur dengan orang, akhirnya kecundang juga,” katanya yang sebelum ini disenaraikan sebagai kontak rapat kategori C.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom sepanjang menjalani kuarantin sebelum itu.

Malah, Puteri Sarah juga meminta supaya semua kontak rapatnya sejak 10 Mei lalu supaya menjalani ujian saringan.

“Minta maaf kepada keluarga, suami dan anak. Doaan kami semua ya.

“Jangan keluar rumah kalau tidak ada apa-apa nak buat. Jaga diri semua,” katanya. -SM

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button