Nasional

20.1 juta penduduk telah disuntik satu dos vaksin

SEJUMLAH 20.115 juta atau 61.1 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara 15.429 juta atau 47.2 peratus daripada keseluruhan populasi telah lengkap disuntik dua dos vaksin.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) ketika ini 85.9 peratus penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Manakala 65.9 peratus lagi telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Data JKJAV turut menunjukkan bahawa kesemua negeri telah mencatatkan lebih 60 peratus penduduk dewasa di negeri masing-masing telah disuntik satu dos vaksin.

Data sama juga menunjukkan kesemua negeri merekodkan lebih 40 peratus penduduk telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.-SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button