Hiburan

Hijrahkan Laguku Solidariti Malaysia, hormati mangsa banjir

PRIHATIN dengan bencana banjir yang berlaku di negara ini pada 18 Disember lalu, Tv Alhijrah menggantikan program Hijrahkan Lagukan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu dengan episode khas Hijrahkan Laguku Solidariti.

Tv Alhijrah mengambil langkah merehatkan sebentar artis-artis yang bertanding bagi menghormati rakyat Malaysia yang sedang berduka setelah dilanda banjir baru-baru ini.

Program Hijrahkan Laguku Solidariti bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi baharu kepada mangsa banjir dan menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia.

Program yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Ustaz Zarifi Daud itu menampilkan beberapa segmen termasuk kupasan berkenaan situasi banjir, persembahan nyanyian, bacaan a-Quran bersama tadabbur terjemahan dan bacaan doa.

Antara artis yang terlibat ialah Lah Ahmad, Kumpulan Zayne, Daqmie, Zack Kool, Rahmad Mega, Suffian Amrin dan Ustaz Fazrul.

Selain itu, turut menampilkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai penceramah dan Ustaz Don membaca doa dari tanah haram.

Konsert minggu ketujuh akan berlangsung seperti biasa pada 1 Januari dengan menyaksikan enam bintang beraksi di pentas separuh akhir. -SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button