Luar Negara

Indonesia pula bakal sekat penjualan di TikTok Shop 

Selepas negara Amerika Syarikat dan India mengharamkan penjualan online melalui aplikasi Tiktok shop kini negara jiran, Indonesia bakal mengambil tindakan yang sama.

Pengumuman itu diumumkan oleh kementerian perdagangan, Zulkifli Hasan, beliau mengambil inisiatif berikutan pusat membeli belah yang dilihat semakin kurang kunjungan dari orang ramai.

Beliau akan menandatangani Peraturan Pemerdagan Semakan No. 50 Tahun 2020 berkenaan Peruntukan Pelesenan Perniagaan, Pengiklanan, Pembangunan dan Pengawasan Pelaku Perniagaan melalui sistem Elektronik di media sosial terutamanya kedai Tiktok.

Menurut jurucakap, Zulhas, mengatakan TikTok hanya boleh digunakan sebagai media sosial sahaja namun dibenarkan mengiklankan produk mereka tanpa ada transaksi pembayaran melalui aplikasi tersebut

‘’Perkara pertama ialah perniagaan melalui media sosial hanya boleh promosi barangan atau perkhidmatan tidak boleh lakukan transaksi secara langsung dan membayar terus, yang hanya boleh dilakukan promosi seperti di TV.

‘’Boleh iklan kt TV kan? Tapi tak boleh jual, tidak boleh terima duit kan, seperti macam platform digital, kerjanya hanya untuk promosi sahaja.’’ Jelasnya.

Zulhas juga menegaskan bahawa media sosial tidak boleh menjadi e-dagang, begitu juga sebaliknya. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi oleh media sosial.

Artikle Berkaitan:>

Peminat kandungan kreatif tak sabar nantikan kejutan dalam TikTok Awards

Pengguna TikTok dakwa SPRM tawar RM10 juta ditahan

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button