PendidikanRencah Hidup

Kunci kejayaan dan kekayaan Dr Azizan Osman di tangan ibu

KAULAH segalanya untuk ku, kaulah curahan hati ini, tak mungkin ku melupakanmu, tiada lagi ku harap hanya kau seorang. Itu adalah sebahagian daripada lirik lagu berjudul Kaulah Segalanya dendangan penyanyi dari Indonesia, Ruth Sahanya.

Rangkap di atas itu bukan ditujukan kepada kekasih sebaliknya ia juga amat tepat untuk membayangkan betapa dalamnya kasih seorang anak terhadap ibunya.

Petua yang menjadi pegangan figura keusahawanan, Datuk Dr Azizan Osman amat mudah. Kuncinya terletak pada ibunya, Mariah Ahmad.

Biar betapa sibuk pun dengan urusan membina empayar perniagaannya, Azizan yang juga mentor usahawan terkenal percaya, membuatkan ibunya gembira dan bahagia adalah asbab kepada rezeki yang dinikmatinya hari ini.

“Walau macam mana sibuk sekalipun dengan urusan, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak iaitu emak mesti happy,” kata Azizan secara terus terang.

Katanya lagi, sekiranya lama tidak berjumpa dengan ibunya, pasti beliau akan mencari cara dan masa untuk bertemu dengannya.

Tambah beliau, memastikan hati ibunya sentiasa bahagia dan gembira adalah dengan melakukan sesuatu yang disukai oleh ibunya selain daripada berbuat baik kepada orang yang ibunya sayangi.

Cerita Azizan, “Bulan lepas saya sangat sibuk di Switzerland tetapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rancang percutian dengan emak selama tiga hari di Singapura.

“Isteri saya juga ada KPInya. Saya akan selalu mencari masa untuk bersama-sama dengan isteri dan anak-anak.

Hasrat di hati sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan Azizan mudah hadam ilmu dan sekali gus, beliau cemerlang dalam akademik.

“Menyantuni kehidupan dengan berpegang kepada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling.

“Ini merupakan jambatan rezeki yang melimpah ruah dalam perniagaan yang kita jalani,” ujar Azizan yang dikagumi ribuan usahawan protégé sambil menambah, beliau sentiasa bersiapsiaga untuk menempuh hari-hari mendatang dengan memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Kata Azizan, jangan takut korbankan masa dan tenaga untuk memperoleh ilmu, merancang strategi dan membuat kajian terkini kerana apabila bersaing dalam perniagaan, itulah kelebihan yang ada pada diri seseorang usahawan yang dibimbingnya.

“Ilmu itulah yang akan membezakan pengetahuan seseorang. Matlamat saya bukan sahaja mempersiapkan diri tetapi juga memberi nilai dan panduan berkesan kepada kelompok yang bergelar usahawan khususnya mereka yang terlibat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam dan luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi untuk dikembalikan kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.

Azizan berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan universiti swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi Ijazah Doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di mana tesis Dr. Azizan bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Terdahulu, Azizan telah menduduki peperiksaan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.

Malah beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.

Dalam pada itu, Azizan ketika ditemui memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterimanya itu.

Bersama RichWorks selama 15 tahun dalam membimbing usahawan merupakan passion yang ada dalam dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan. – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button