Berita GajetGajet

Aplikasi flexi2pay bantu penggiat ekonomi gig urus aktiviti kewangan

Individu yang bekerja sendiri, pekerja bebas dan ejen dalam ekonomi gig kini boleh mengurus dan memantau aktiviti kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih flexi2pay.

Dalam kenyataan hari ini, flexi2pay berkata aplikasi itu dibangunkan untuk membantu penggiat gig menguruskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cukai pendapatan dan pembayaran zakat mereka.

Aplikasi itu akan membantu penggiat ekonomi gig dengan memudahkan, mengautomasikan dan mengira simpanan persaraan KWSP, PERKESO dan pembayaran cukai pendapatan mereka.

“Ekonomi gig di Malaysia berkembang dengan pesat, terutamanya selepas penularan COVID-19, berikutan ramai yang kehilangan pekerjaan dan mula menjalankan perniagaan mereka sendiri dari rumah atau mengambil pekerjaan bebas untuk menyokong diri mereka sendiri,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif flexi2pay, Victor Phang.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store serta boleh didapati dalam versi percuma dan berbayar untuk memenuhi pelbagai keperluan individu yang bekerja sendiri.

Maklumat lanjut, boleh layari: https://www.flexi2pay.com. – BERNAMA

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button