Ekonomi

HijabistaHub & Soultan Royale Night pamerkan fesyen koleksi Raya 2023

HIJABISTAHUB merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya.

Acara tersebut telah berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023 yang bertemakan Royale Night dan dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial.

Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu. Jenama Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan.

Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan. Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.

Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana. Dalam ucapan oleh pengarah HijabistaHub juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali.

Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye. Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media social yang tidak asing lagi iaitu, ryan Bakery & Boss James elain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel. Kemeriahan sambutan pertunjukkan festyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir.

Sementara itu, HijabistaHub juga mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi mereka www.HijabistaHub.com dan butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru. Jangan lupa untuk ikuti mereka di platform media sosial untuk segala info yang terkini.

Artikel berkaitan > Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, lancar 100 koleksi raya mampu milik!

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button