Berita

Dr M masuk IJN semula

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekali lagi hari ini.

Menurut kenyataan jabatan komunikasi korporat IJN, bekas perdana menteri itu dimasukkan untuk prosedur perubatan elektif.

“Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke IJN untuk prosedur perubatan elektif. Disebabkan SOP semasa (prosedur operasi standard Covid-19), tiada pelawat dibenarkan melawat Dr Mahathir,” kata kenyataan itu.

Tiada maklumat lanjut diberikan oleh pihak hospital.

Pada 16 Dis, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut dan beliau dibenarkan keluar pada 22 Dis.

Ahli parlimen Langkawi itu, yang berusia 96 tahun pada Julai, telah menjalani dua pembedahan pintasan jantung, pada 1989 dan 2007. Beliau kali terakhir dimasukkan ke hospital pada Februari 2018.

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button