Hiburan

Mempunyai 23 orang adik-beradik, hidup Wawa Zainal sukar

KUALA LUMPUR: ‘Tidak ramai yang tahu saya mempunyai 23 adik beradik. Membesar, hidup sukar kerana kami berasal dari keluarga miskin,” kata pelakon yang kini menjadi usahawan Wawa Zainal.

Artis berusia 31 tahun itu berkongsi baru-baru ini pada pelancaran produk produk kecantikannya jenama Wawa Cosmetics.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang nama akaunnya ril_glamrs, Wawa berkata, memandangkan hidup susah ketika itu, jarang sekali keluarganya makan masakan yang dimasak menggunakan daging ayam dan juga telur.

“Dua tiga beradik terpaksa berkongsi telur untuk dimakan,” kata Wawa yang menahan sebak mengenangkan susah payahnya membesar di Lahad Datu, Sabah.

Berazam untuk mengubah status ekonomi keluarganya, dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib sebagai pelakon dan berpindah ke Kuala Lumpur.


Debut lakonannya ialah dalam drama 2011 berjudul Ana Lu’lu.

Wawa berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013 dan pasangan itu mempunyai empat anak.

Pada 2016, bersama suaminya, dia menceburi bidang perniagaan dengan menjual kanta lekap dan menjelang 2018 dia mengasaskan Wawa Cosmetics.

 

(Visited 724 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button