Luar Negara

Hidup dengan kelapa selama 33 hari di pulau terpencil

Tiga individu yang dipercayai terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni di Bahamas selama 33 hari telah diselamatkan, kata Pengawal Pantai AS.

Pasukan udara dipercayai sedang melakukan rondaan ketika melihat kumpulan itu yang panik mengibarkan bendera sementara di Anguilla Cay.

Warganegara Cuba yang telah diselamatkan itu memberitahu para pegawai bahawa mereka hidup dengan banyak kelapa.

Salah seorang anak kapal yang terlibat dalam usaha menyelamat memberitahu dia kagum kerana mereka dapat bertahan begitu lama.

Kumpulan ini pertama kali dilihat di pulau yang terletak di antara Florida Keys dan Cuba pada hari Isnin.


Pegawai Pengawal Pantai, Riley Beecher memberitahu bahawa dia keluar untuk membuat rondaan ketika terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

Ketika dia kembali berpusing di ketinggian yang lebih rendah, dia menyedari bahawa ada orang di pulau itu yang disyaki berada dalam kesusahan.

Kru rondaan pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan untuk menyelamatkan mereka dengan segera tetapi makanan, air dan radio dijatuhkan kepada mereka supaya mereka dapat berkomunikasi.

“Sayangnya kami tidak mempunyai penutur bahasa Sepanyol yang fasih tetapi dalam bahasa Sepanyol saya yang sedikit dapat mengetahui bahawa mereka berasal dari Cuba dan mereka memerlukan bantuan perubatan.

“Mereka turut menekankan bahawa mereka telah berada di pulau itu selama 33 hari,” Kata Lt Beecher.

Sekumpulan dua lelaki dan seorang wanita memberitahu para pegawai Coast Coast bahawa mereka berenang ke pulau itu setelah kapal mereka karam.

Justin Dougherty mengatakan kumpulan itu kemudian memberitahunya bahawa mereka memperoleh sumber makanan daripada kelapa.

“Sekiranya kita lihat sepintas lalu, pulau ini hanya terdapat beberapa pokok yang membolehkan mereka berlindung,” katanya.

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button