fbpx
Nasional

Hidung berdarah: Jangan bimbang tekanan darah bagus – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR – “Jangan bimbang tekanan darah bagus 120/70”. Itu kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang berjumpa beliau untuk berbincang beberapa isu negara sebentar tadi.

Sebelum itu itu media melaporkan hidung Dr. Mahathir berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara hari ini.

Ketika sidang media, Tun Dr Mahathir dilihat beberapa kali mengesat hidungnya menggunakan tuala tangan.

Bagaimanapun selepas beberapa soalan diajukan, perdana menteri kemudiannya dibawa keluar dari majlis terbabit.

Pegawai peribadi Dr. Mahathir kemudian terpaksa memberhentikan sesi soal jawab tersebut.

Astro Awani melaporkan, Salah seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri mengesahkan kejadian.

“Berjumpa dengan Dr. Mahathir bin Mohamad tadi untuk berbincang beberapa isu semasa negara. Tun sebut beliau sihat dan mahu terus bekerja di pejabatnya. Tun cakap jangan bimbang, tekanan darah bagus 120/70,” tulis Guan Eng dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Guan Eng turut berkongsi gambar swafotonya bersama Dr. Mahathir. Dalam gambar tersebut Dr. Mahathir dan Guan Eng kelihatan tersenyum bersama.

Dalam majlis Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) Bagaimanapun Tun Dr Mahathir dilihat dalam keadaan sihat dan sempat menjenguk pameran kenderaan biodiesel.-SM

Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button