Berita

Kadar vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia, lapor The Sydney Morning Herald

Minggu ini memasuki minggu keenam rakyat Malaysia berkurung dalam keadaan negara melaksanakan total lockdown sejak 1 Jun lalu.
Di sebalik kebimbangan ramai ekoran jangkitan baharu COVID-19 terus melonjak tinggi sejak tiga hari yang lalu selain sistem perkhidmatan kesihatan negara juga dilihat berada di ambang lumpuh, ada berita gembira yang mungkin boleh meredakan kebimbangan itu.
The Sydney Morning Herald hari ini melaporkan, di sebalik peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, kadar vaksinasi harian COVID-19 Malaysia melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia dengan lebih 400,000 dos suntikan diberikan sehari.
Ia meletakkan program vaksinasi Malaysia sebaris dengan negara-negara maju lain seperti Kanada dan Australia.
Dalam temu bual dengan The Sydney Morning Herald dan The Age, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberitahu, kerajaan berjaya meningkatkan kadar inokulasi selepas dua bulan rundingan semula dengan pembekal vaksin Pfizer, di mana 70 peratus daripada vaksin yang dibeli adalah daripada BioNTech.
“Sebahagian besar vaksin yang dibeli kerajaan adalah Pfizer yang meletakkan Malaysia dalam medan ‘pertarungan’.
“Maka kerajaan memutuskan, kita tidak boleh bergantung pada satu atau dua syarikat sepenuhnya,” katanya dalam temu bual itu.
Menurut Khairy, dalam keadaan sekarang, adalah penting untuk setiap rakyat mendapat suntikan vaksin dalam membentuk imuniti kelompok.
Selain Pfizer, katanya, Malaysia meluluskan Sinovac dari China dan AstraZeneca.
Menurutnya, meskipun pada awalnya sedikit perlahan, kini setiap seorang daripada empat rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat minggu ini.
(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button