Ekonomi

SME Bank XCESS buka laluan PMKS rentas sempadan

SME Bank membawa kelainan untuk Program Jaringan SME Bank XCESS 2022 dengan membuka peluang kepada usahawan PMKS tempatan menembusi pasaran antarabangsa melalui penglibatan rakan dagangan dari Thailand, Jepun serta akses untuk ke pasaran ASEAN melalui platform dalam talian, ASEAN Access.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Hj. Omar berkata, “Prestasi eksport PMKS pada tahun 2021 telah kembali menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan sumbangan eksport 11.7% daripada jumlah keseluruhan eksport negara. Secara keseluruhannya, eksport sektor PMKS telah meningkat kepada 5.4% dengan nilai sebanyak RM124.3 bilion.”

Tan Sri Noh menambah, “Tindakan membawa masuk rakan dagangan luar negara adalah langkah yang tepat dan semua PMKS yang menyertai SME Bank XCESS 2022 ini harus merebut peluang ini untuk memasuki pasaran baru dengan lebih cepat dan berkesan. Tambahan pula, platform dalam talian ASEAN Access akan memberi saiz pasaran yang amat luas untuk usahawan PKS negara terokai.”SME Bank XCESS 2022 diisi dengan empat teras tambahan iaitu akses kepada pembiayaan dan program-program pembangunan usahawan serta perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan oleh Kumpulan SME Bank.

Ini termasuk Assets Link, Perkhidmatan Takaful dan HalalXcess di samping Program Umbrella SME Bank dan Program Pembangunan Vendor Bumiputera yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Semua agensi di bawah KUSKOP turut membuka reruai untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Dato’ (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “Program Umbrella adalah satu bentuk kerjasama antara SME Bank dan syarikat Anchor untuk membolehkan usahawan yang berminat menyertai suatu model perniagaan yang telah pun bertapak kukuh dalam pasaran sekali gus meminimumkan risiko kegagalan perniagaan.  Peserta program akan dibiayai oleh SME Bank, dan turut berpeluang mendapatkan bimbingan serta khidmat nasihat secara percuma oleh CEDAR.”

Sejak Program Umbrella SME Bank ini diperkenalkan pada tahun 2019, SME Bank telah meluluskan 24 pembiayaan yang bernilai RM11.6 juta.  Statistik menunjukkan 60% orang peserta program ini telah merekodkan peningkatan daripada segi keuntungan dan hasil. Melihat kepada pertambahan dua (2) lagi syarikat Anchor pada tahun ini, kami menjangkakan lebih ramai usahawan akan menyertai Program Umbrella SME Bank pada masa hadapan.

Turut diadakan ialah Majlis Menandatangani Penerimaan Penyertaan Program Umbrella SME Bank dengan lapan buah syarikat Anchor yang terdiri dari syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Ayamas Shoppe Sdn. Bhd., Chatime Malaysia Sdn Bhd., dan Bubblebee Sdn. Bhd. yang mewakili sektor makanan dan minuman; manakala Bateriku (M) Sdn. Bhd., Petro Teguh (M) Sdn. Bhd., Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. dan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd. daripada sektor perkhidmatan dan sokongan automotif.Para peserta SME Bank XCESS 2022 juga diberi penerangan berkenaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan kepentingan mengadaptasikannya ke operasi perniagaan mereka.

SME Bank kini sedang dalam fasa mengimplementasikan agenda ESG ke dalam operasi perniagaannya mengikut Pelan Hala Tuju Kemampanan Tiga Tahun 2021-2023. Pada tahun ini, SME Bank menyasarkan seramai 5,000 orang pengunjung akan ke portal maya SME Bank XCESS 2022 dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,000 orang usahawan akan menyertai aktiviti padanan perniagaan, klinik perniagaan, khidmat nasihat dan lawatan ke reruai syarikat-syarikat Anchor. Program SME Bank XCESS 2022 telah dirasmikan oleh Tan Sri Noh Hj. Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. – SM

Artikel berkaitan > SME Bank rangkul Anugerah Agensi Terbaik LICTA 2021

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button