KesihatanNasionalNegeriPenyakit

HFMD: Perlis tutup 20 taska, tadika

SEBANYAK 20 premis pusat taska dan tadika telah diarah ditutup di Perlis ekoran wabak Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Pengarah Kesihatan Perlis, Datuk Dr. Sirajuddin Hashim berkata, premis berkenaan telah diarahkan ditutup sementara di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari bagi tujuan sanitasi.

“Setakat ini penularan penyakit HFMD ini majoritinya bermula di pusat taska, tabika dan tadika,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sirajuddin berkata, kes tertinggi dicatatkan pada Mukim Arau yang melibatkan 70 kanak-kanak.

“Diikuti dengan Mukim Sena sebanyak 54 kes manakala Sanglang pula 43 kes,” katanya.

Beliau berkata, pada Minggu Epid (ME) 20, 2022 juga telah mencatatkan 497 kes HFMD di negeri ini.

“Ia menunjukkan peningkatan tinggi iaitu sebanyak 373% jika dibuat perbandingan pada ME yang sama tahun 2021 (105 kes).

Sirajuddin menambah, mana-mana premis yang diarah tutup ini
dikehendaki menjalankan aktiviti sanitasi menyeluruh di
permukaan dalam dan luar premis selain alatan permainan dan bantuan mengajar.

“Juga diberikan pendidikan kesihatan secara langsung kepada pihak pengurusan taska/tadika dan petugas/guru yang menguruskan kanak-kanak secara langsung,” katanya.

Beliau katanya, selain itu
amalan kebersihan dan sanitasi rutin di taska sebagai langkah kawalan perebakan penyakit berjangkit di taska.

“Larangan berkongsi barangan peribadi kanak-kanak dan menggalakkan
amalan mencuci tangan,” katanya.

Beliau berkata, tanda-tanda awal kanak-kanak yang tidak sihat perlu diberi
perhatian semasa saringan pintu masuk. -SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button