Hiburan

Hero Avengers patah 30 tulang dihempap mesin bajak salji

HERO filem Avengers, Jeremy Renner patah 30 tulang badannya ekoran insiden digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat awal Januari lalu.

Renner dipercayai sedang membersihkan salji di hadapan rumahnya apabila secara tiba-tiba mesin bajak salji enam tan dikatakan menghempap dirinya sehingga mengalami kecederaan di bahagian dada selain patah tulang.
Dia dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lebih lanjut dan ditahan di wad selama dua minggu.

Menerusi laman media sosialnya, dia sempat memuat naik gambar terkini ketika sedang menjalani sesi terapi bagi meredakan kerisauan para peminat terhadap keadaannya.

“30 tulang yang patah ini akan kembali pulih, sama seperti kasih sayang dan ikatan keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas perhatian yang diberikan,” katanya.

Renner turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya selama ini. – SM

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button