Rencah Hidup

Seronoklah Dapat Mandi, Banyak Anjing Sudah Boleh Layan Kolam Renang Di Klang!

PENCINTA anjing, Hiridas Suberminam telah merealisasikan impiannya untuk membuka kolam renang bagi anjing pada 31 Oktober lalu di Klang.

Menurut laporan FMT, bekas pengurus keselamatan dan kesihatan berkata dirinya telah menyimpan impiannya itu sejak 2013 lagi.

Tambahnya, kolam renang untuk anjing tiada di Klang tetapi terdapat di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja.

“Ini bermakna pemilik anjing di Klang perlu keluar daripada Klang semata-mata untuk membawa anjing mereka berenang. Itulah sebab saya ingin membuka kolam renang pertama untuk anjing di Klang,” katanya.

Hiridas turut berkata, berenang merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk anjing kerana ia dapat membantu mengawal degupan jantung dan meningkatkan peredaran darah.

Tambahnya berenang empat kali lebih baik daripada berlari.

Hiridas menjelaskan bahawa kolam tersebut mempunyai sistem penapisan yang baik. Ini kerana kolam yang kotor akan menyebabkan anjin mengalami selsema dan masalah kulit.

“Kolam tersebut juga dipasang tanjakan bagi mengelakkan anjing tergelincir semasa memasuki kolam berenang,” katanya.

Jelas Hiridas, pemilik boleh berenang bersama-sama dengan anjing mereka di kolam dan mandikan anjing mereka di kawasa yang telah disediakan selepas berenang.

Selain itu, terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti syampu, tempat mengeringkan anjing mereka yang boleh digunakan secara percuma dan latihan juga disediakan untuk anjing yang tidak pernah berenang.

Hiridas juga mempunyai tempat untuk menjinakkan dan memberi makan anjing liar ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). -SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button