Politik

Pemimpin DAP bebas berbincang dengan kerajaan kecuali…

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) membenarkan pemimpin bebas untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan kecuali tiga pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat demikian, kata Setiausaha Agng DAP, Lim Guan Eng.

“Sebagai respon kepada laporan media berbaur anti-DAP yang cuba menyelewengkan berita Ahli Parlimen Tony Pua dan Ong Kian Ming mengadakan perbincangan dengan Menteri PN, sebagai persepsi negatif terhadap mereka dan juga DAP, saya ingin menyatakan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH.

“Selain tiga pemimpin teratas daripada DAP, PKR dan Amanah, ramai Ahli Parlimen dan pemimpin daripada ketiga-tiga parti dalam PH secara sendiri telah mengadakan banyak perbincangan dengan seteru politik.

“Walau bagaimanapun, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan daripada kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH bagi ia dapat dilaksanakan.

“Ahli-ahli DAP tidak boleh membiarkan laporan media berbaur anti-DAP ini memberi gambaran buruk terhadap DAP sehingga memecahbelahkan parti kita,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan berkata, PH bersama dengan blok pembangkang yang terdiri daripada 105 Ahli Parlimen tidak boleh membuang masa.

Sebaliknya menggunakan pendekatan khemah besar untuk menuntut kembali mandate sebagai kerajaan yang dipilih mengikut perlembagaan oleh rakyat.

Katanya lagi, hanya bermula dengan 105 Ahli Parlimen pembangkang sebagai asas, Ahli Parlimen PH Plus dapat menuntut kembali mandat pilihan raya 2018 yang telah dirompak oleh kerajaan pintu belakang yang terdiri daripada parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat.

“Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat.

“Perlu ada alternatif yang jelas terhadap Kerajaan PN yang telah gagal yang menyebabkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian serta kegagalan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi,” kata Guan Eng.

Beliau berkata, mengekalkan Kerajaan PN yang telah gagal bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi oleh negara, sedangkan masalah sebenar adalah seluruh Kerajaan PN itu. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button