Hiburan

Sheila Rusly berang dituduh mahu Janna Nick sebagai menantu

BARU sahaja menerima menantu semalam, nampaknya sudah ada cerita yang membuatkan pelakon, Sheila Rusly naik angin.

Perkara tersebut berlaku selepas satu akaun Facebook mengatakan yang Sheila sebenarnya mahukan Janna Nick sebagai menantunya tetapi ditolak pelakon tersebut.

Perkara itu yang membuatkan anaknya, Uzair Haqimy, 25, berkahwin dengan Elisha Sandha, 21, yang juga adik kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha.

Berang dengan tuduhan tersebut, Sheila mengajak orang yang membuat tohmahan tersebut supaya bertemu dengannya.

“Jangan sampai saya ambik tindakan undang-undang. Diam saya tak bemakna kami kalah. Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti. Saya sanggup berdepan,” katanya.

Sementara itu, suami Sheila yang juga seorang penerbit dan pengarah, Jinggo juga menyatakan yang dia akan mengambil tindakan undang-undang.

“Kenyataan pihak tersebut adalah fitnah yang telah mengguris hati menantu, keluarganya dan keluarga saya.

“Saman saya secara automatik akan gugur kalau pihak tersebut tunjukkan bukti dan sumber yang membenarkan kenyataan tersebut. Teringin rasanya melihat wajah awak di mahkamah nanti,” katanya.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy sah bergelar suami isteri majlis pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada 21 Ogos lalu.

Elisya yang juga adik kepada pelakon, Fasha Sandha berkata, majlis pernikahan itu sepatutnya berlangsung pada tahun hadapan.

“Tarikh sebenar yang kita rancang sebenarnya adalah pada 22 Februari tahun hadapan tetapi kita awalkan. Malah, tarikh nikah hari ini juga baru sahaja diterima pada dua minggu lalu.

“Lagipun dalam situasi pandemik Covid-19 yang tidak menentu sekarang, kami rasa lebih baik pernikahan ini dipercepatkan,” katanya. -SM

(Visited 600 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button