NasionalNegeri

“Perlis Baharu” bakal henti lesen judi

SEJAUH mana seriusnya kerajaan “Perlis Baharu” akan menghentikan lesen operasi premis perjudian dan loteri di negeri ini terus diperbahaskan.

Berikutan itu, perkara ini telah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kali ini.

BACA ARTIKEL:>Perlis cari pelabur bangunkan tapak projek KCC yang ditamatkan

“Perlis memang mempunyai perancangan ke arah pelaksanaan tersebut,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Fakhrul Anwar Ismail sebagai menjawab soalan Haziq Asyraf Dun (PAS-Beseri).

Bagaimanapun katanya, ia sedang diteliti secara mendalam dari aspek perundangan sebelum mengambil langkah untuk menghentikan lesen operasi sepenuhnya premis perjudian dan loteri di negeri ini.

BACA ARTIKEL:>Jumlah syarikat pengusaha makanan di Perlis mohon sijil halal naik mendadak

“Sehingga kini, secara positifnya, tiada permohonan baharu yang diterima untuk kelulusan kerajaan negeri bagi pembukaan premis perjudian dan loteri,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini juga adalah merupakan persoalan dasar negeri yang perlu diputuskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

SIDANG DUN Perlis sedang berlangsung. – GAMBAR BERNAMA – GOOGLE

“Untuk makluman juga, lesen operasi perjudian dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula mengeluarkan lesen premis perniagaan bagi tujuan menjalankan aktiviti perjudian berpandukan lesen operasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Justeru itu katanya, walaupun pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mempunyai bidang kuasa sama ada untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan / memperbaharui sesuatu lesen premis perniagaan dalam kawasannya, namun langkah untuk menghentikan operasi premis perjudian memerlukan penyelarasan bersama pihak-pihak yang terlibat, khususnya dengan Kementerian Kewangan supaya pelaksanaannya lebih teratur tanpa sebarang isu yang berbangkit kelak.

BACA https://suaramerdeka.com.my/kerajaan-baharu-perlis-sedia-terima-teguran-menteri-besar/– SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button