Nasionalpilihan

MOTAC terus semarakkan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) pada hari ini mengadakan Majlis Perasmian Pameran dan Jualan Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di aras 1 Bangunan Blok Utama, Parlimen.

Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ yang bermula pada 1 Julai 2022 adalah inisiatif Kraftangan Malaysia dalam memartabatkan industri kraf batik tempatan. Ini adalah selaras dengan pengisytiharan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun dan pemakaian Batik Malaysia pada setiap hari Khamis di kalangan penjawat awam dan Ahli Parlimen.

Objektif kempen ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai batik Malaysia serta menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan masyarakat.

MOTAC melalui Kraftangan Malaysia sekali lagi mengadakan pameran dan jualan Kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen Malaysia pada 19 hingga 21 Disember 2022 sempena Parlimen bersidang. Baucar bernilai RM30.00 turut ditawarkan bagi setiap gandaan RM100.00 untuk pembelian produk kraf tempatan.

MOTAC amat menyokong kempen-kempen produk kraf seperti ini diteruskan bagi membantu melonjakkan permintaan produk kraf tempatan. Pelaksanaan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ dilihat dapat meningkatkan kesedaran, kecintaan serta ilmu pengetahuan mengenai produk kraf Malaysia di kalangan masyarakat.

MOTAC berharap dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kraftangan Malaysia ini dapat merancakkan semula industri kraf negara di samping membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi mereka. – SM

Artikel berkaitan > MOTAC semarakkan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen

 

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button