Luar Negara

Hazard cetus kontroversi terbangkan tukang gunting rambut sewaktu darurat

EDEN HAZARD menerbangkan tukang gunting rambut peribadinya ke Sepanyol hanya semata-mata untuk menggunting rambutnya pada ketika negara itu kini berada dalam kawalan perintah berkurung kerana coronavirus.
Sepanyol kini berada dalam darurat, yang meletakkan negara Eropah tersebut di bawah perintah berkurung dan meletakkan garis panduan pergerakkan yang ketat, sejak Oktober lalu.
Bintang Real Madrid itu telah mengaturkan penerbangan tukang gunting rambut terkenal, Ahmed Alsanawi dari England.
Pendandan rambut itu telah menyiarkan rakaman gambar perjalanannya menerusi Instagram, menaiki penerbangan mewah untuk bertemu dengan bintang bola sepak Belgium tersebut.
Penerbangan dari London ke Madrid melibatkan jarak perjalanan hampir 1,000 batu.
Menerusi kapsyen yang disertakan pada gambar tersebut, Alsanawi berkata: “Orang bertanya saya apa yang saya lakukan…Saya potong rambut… Ia adalah gaya hidup.
“Gembira dapat bertemu kembali dengan sahabat saya di dalam dan di luar padang.”
Lawatan tersebut dibuat pada ketika Kerajaan United Kingdom menasihatkan agar tidak melakukan perjalanan antarabangsa yang tidak penting.
Garis panduan perintah berkurung di Sepanyol telah mengenakan beberapa pengecualian seperti perjalanan ke tempat kerja dan sehubungan itu, Hazard mahupun Alsanawi tidak dilihat sebagai melanggar peraturan yang digariskan.
Negara itu juga tidak berada dalam senarai merah, sebelum garis panduan perjalanan diumumkan.
Hazard tidak bermain selama lebih sebulan bersama Real ekoran kecederaan otot dan dia terlepas aksi sewaktu pasukannya mencatat kemenangan ke atas Cadiz, kelmarin.
Real bakal bertemu pasukan lamanya Chelsea, Rabu minggu depan (waktu Malaysia).
Ramai bintang bola sepak yang menggunakan khidmat Alsanawi sebagai tukang gunting rambut mereka.
Jesse Lingard, Paul Pogba dan Tammy Abraham antara yang menggunakan khidmat tukang gunting rambut popular itu dan Alsanawi telah berkongsi di dalam akaun Instagram miliknya, baru-baru ini. – The Sun – SM

(Visited 1,013 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button