Nasional

PRN Sabah: Pesakit Covid-19 tidak dibenarkan keluar mengundi

KERAJAAN telah membuat ketetapan bahawa individu yang dijangkiti Covid-19 tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan.

Katanya, bagi individu sedang menjalani kuarantin pula golongan ini dibenarkan mengundi. Namun, mereka perlu membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terlebih dahulu.

“Bagi yang bergejala pula, pengundi mesti terus ke tempat mengundi dan petugas akan membawa mereka ke tempat mengundi khas. Ini bermakna mereka dibenarkan mengundi, namun mengundi di tempat khas yang disediakan.

“Pengundi biasa perlu hadir ke tempat mengundi dan digalakkan mengikut masa ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebelum ini terdapat permintaan supaya mereka yang terjejas akibat Covid-19 dibenarkan keluar mengundi pada sabtu ini.- SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button