Uncategorized

Pemuda UMNO mahu hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan maut

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan emperkenalkan hukuman mati terhadap pesalah kesalahan pemanduan mabuk sehingga menyebabkan kematian orang awam yang tidak berdosa.

Menurut Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, hukuman mati itu boleh diperkenalkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sedang dalam proses pindaan kini.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO amat dukacita dengan perkembangan terkini mengenai kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu mabuk yang makin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam.

Katanya, hukuman mati tersebut boleh menjadi pengajaran dan sebagai asas pencegahan terhadap kes-kes pemanduan mabuk yang menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa!

“Ternyata, hukuman di bawah Akta 333 ketika ini tidak sedikitpun menggerunkan pemandu mabuk bahkan boleh dianggap ringan dan tidak setimpal dengan kehilangan nyawa dan tempat bergantung yang dialami oleh kaum keluarga mangsa,” kata Asyraf Wajdi.

Ketika ini, Seksyen 44(1) Akta 333 memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih dari RM20,000 bagi kesalahan pemanduan mabuk.

Semalam Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya akan mendapatkan kelulusan Kabinet berkaitan pindaan Akta 333 bulan ini.

BACA  Pemandu mabuk: Kelulusan Kabinet terhadap pindaan Akta 333 bulan ini

Ka Siong berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawai kementerian untuk menyediakan Memorandum Jemaah Menteri untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

Menurut Ka Siong, cadangan pindaan terhadap Akta 333 itu juga mengambil kira pandangan semua pemegang taruh termasuk orang ramai.

BACA Pindaan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk dimuktamad Jun

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebelum ini mahu pindaan terhadap Akta 333 memberi hukuman yang lebih berat terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.-SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button