Hiburan

Kilafairy bantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19

TERKESAN dengan nasib yang menimpa individu yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19, pelakon, Kilafairy tampil dengan usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, dia bekerjasama dengan pengusaha kosmetik, Ufora untuk memperkenalkan skim dropship tanpa modal.

“Saya berbincang dengan Ufora berkenaan cara untuk membantu orang yang hilang mata pencarian. Itu yang terjalin kerjasama dengan Ufora Lipmatte.

“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.

“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.

“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.

Menurut Kilafairy, dia yakin yang produk lipmatte keluaran Ufora akan mendapat sambutan yang hangat sekaligus membantu orang ramai mendapatkan sumber pendapatan.

Ujarnya, dia sendiri pernah mencuba dan cukup tertarik dengan produk lipmatte itu sebelum ini.

“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.

“Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya tambahan harganya serendah RM35 memang sesuatu yang mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai soal jodoh, Kilafairy mengakui yang dia sudah mempunyai kekasih yang sejiwa dengannya.

“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.

“Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya yang sudah 10 tahun mengenali pemuda tersebut. -SM

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button