Hiburan

Neelofa dan PU Riz adalah pejuang, ramai yang dengki – Suhaimi Saad

PENYANYI yang percaya bahawa bumi adalah rata, Suhaimi Saad memberitahu yang dia sentiasa mendoakan Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail.

Malah, Suhaimi turut memberitahu ujian yang dialami Neelofa itu sama seperti apa yang dialaminya sebelum ini.

“Saya faham apa yang mereka rasa. Tak dapat nak luah dan ceritakan semuanya kerana memang takkan dapat memahamkan setiap yang terpedaya, membenci dan dengki.

“Itulah asam garam dalam dunia seni. Hidup sebagai pejuang yang cuba berlari menuju Ilahi. Semuanya dikelirukan, jadi fitnah dan disalah erti,” katanya.

Menurut Suhaimi lagi, jika Neelofa dan suaminya tidak mempunyai sesuatu yang lebih dan istimewa, pasti tidak ada sesiapa pun yang dengki dan sakit hati.

“Orang yang ada rasa cinta,kasih dan sayang tak akan suka menyakiti. Tak akan suka membuat engkau susah dan tak akan suka berdengki serta mencari salah,” katanya. -SM

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button