Nasional

Kerajaan gantung kemudahan imigresen rakyat China dari Wuhan, Hubei

Malaysia menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira perkembangan terkinni kes jangkitan novel coronavirus 2019 (2019-nCov)  di negara China khususnya di wilayah Hubei.

“Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa.. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan.

“Berikutan maklumat terkini Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan KERAJAAN menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya,” kata kenyataan tersebut.

BACA ARTIKEL: China coronavirus: Perintah berkurung di Wuhan, kakitangan perubatan terdedah jangkitan virus maut

BACA ARTIKEL: Coronavirus: Lapan individu dikuarantin di JB

Menurut Pejabat Perdana Menteri, kemudahan imigresen tersebut akan diberikan semula setelah keadaan kembali pulih.

Wisma Putra akan meyelerasakan pelaksanaan keputusan bersama kerajaan China.

“Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel coronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Sejak timbulnya kes jangkitan noval coronavirus di negara China minggu lepas Kerajaantelah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Nasihat pakar-pakar juga diambil untuk menghadapi dan membendung jangkita coronavirus dari merebak dengan meluas.-SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button