Berita

Dua lelaki ditemukan lemas

MELAKA 16 Januari – Seorang lelaki dipercayai berbangsa India ditemukan lemas dan terapung di Sungai Melaka oleh orang awam yang sedang berjogging berhampiran Gerai Cendol Kampung Hulu dekat sini hari
ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan seorang lelaki dipercayai lemas kira-kira pukul 7.20 pagi.

Menurutnya, pihak Bomba dan Penyelamat daripada Kampung Hulu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya membawa mangsa naik ke jeti berhampiran dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Melaka yang turut berada di situ.

“Tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. Sewaktu ditemui dia hanya memakai baju dan ditemukan lemas dalam keadaan mulut berbuih.

“Usianya dalam lingkungan 40-an dan dipercayai berbangsa India berdasarkan kulit mangsa manakala usaha sedang giat dijalankan untuk mencari waris simati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Patit berkata, hasil siasatan awal mendapati tidak ada sebarang kecederaan atau unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.

Dalam satu kejadian lain pula kata Patit, seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan lemas di Sungai Malim berdekatan Taman Asean.

Katanya, dalam kejadian pukul 8.30 pagi, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki didapati lemas.

“Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian memulakan pencarian pukul 9.00 pagi dan menemukan mangsa kira-kira pukul 10.30 pagi dari jarak 15 meteri daripada tebing sungai,” ujarnya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa lengkap berpakaian t-shirt dan seluar jeans berwarna hitam. Tidak ada sebarang kesan unsur jenayah.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk tujuan bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button