Politik

Hati-hati, 4 calon positif Covid-19

CELIK mata pagi ni teringat kes positif Covid-19 yang terkena pada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bertanding dari parti DAP, Yeo Tung Siong.

Tung Siong yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas merupakan calon keempat yang positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR.

Beliau berkata, semalam, beliau diuji negatif namun berasa tidak sihat.

Beliau bagaimanapun membuat ujian RT-PCR hari ini dan positif. Justeru semua aktiviti kempen dibatalkan.

Mengambil langkah yang bijak, sejak pagi tadi Tung Siong berada di rumah dan bertindak pantas menghubungi kontak-kontak rapat.

“Sejak pagi tadi, saya hanya berada di rumah. Saya disahkan positif pada 6 petang semalam. Saya segera menghubungi kontak rapat,” ujar Tung Siong.

Walaupun Tung Siong hanya mendapat simptom ringan dan telah pun menerima dos penggalak namun beliau tetap membatalkan semua aktiviti berkempen termasuk majlis yang sepatutnya berlangsung malam ini dan ceramah terbuka.

Sementara itu, awal hari ini, calon Barisan Nasional (BN) DUN Penggaram, Ter Hwa Kwong disahkan positif Covid-19 dan sekaligus, segala bentuk kempen fizikal yang telah dirancang terpaksa dibatalkan.

Sebelum ini, calon PKR Bukit Batu, Arthur Chong juga disahkan positif selepas empat hari berkempen.

Parti Pejuang pula mengumumkan penukaran calonnya, Zaini Tahar di kawasan Endau pada saat akhir selepas disahkan positif Covid-19 juga. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button