Hiburan

Ini adalah kumpulan K-Pop paling kaya

KUALA LUMPUR – Bukan lagi rahsia bahawa K-Pop merupakan satu industri yang sangat menguntungkan di dunia dan telah dinamakan sebagai sumber eksport Korea Selatan yang paling hebat oleh majalah Time.

Dengan jumlah tontonan berbilion-bilion di YouTube syarikat hiburan Big Four mendapat habuan hampir AS$1 bilion, dan artis K-Pop seperti BTS dinilai lebih AS$3.6 bilion dalam sumbangan kepada ekonomi negara setiap tahun.

Ini membuktikan kuasa dan keupayaan untuk menghasilkan duit oleh industri ini kepada negara.

Berikut adalah senarai kumpulan K-Pop yang paling kaya

1. BTS

Band yang dianggotai tujuh orang iaitu Jin, Jimin, J-Hope, Jungkook, Suga, RM dan V — memuncak naik melalui lagu popular mereka seperti “Fake Love”, “Idol” dan yang terbaharu “Boy With Luv”.

Pendapatan mereka datang daripada jualan album, konsert jelajah, jaulan barangan – album terbaharu mereka Map of the Soul: Persona dijual sebanyak 3,229,032 salinan hanya pada bulan pertama di Korea Selatan, dan mereka mengembangkan pula ke dalam bentuk permainan mobil, pendapatan mereka nampaknya akan terus meningkat. Konsert jelajah terbaharu mereka Love Yourself World Tour telah ditonton oleh satu juta peminat dengan jualan tiket lebih daripada AS$71.7 juta. Sebab itu mereka digelar raja K-pop.

2. TWICE

Ditubuhkan oleh JYP Entertainment pada 2015, kumpulan anak gadis ini menduduki tanggan kedua dalam senarai ini terima kasih kepada pelbagai perjanjian lumayan yang mereka terima, selain jualan album dan tiket konsert yang memberangsangkan.

Pembabitan mereka dengan produk kecantikan seperti Estée Lauder, produk minuman Pocari Sweat, dan lebih 30 jenama lain termasuk pakaian, permainan online, kad kredit dan sebagainya.

3. BLACKPINK

BLACKPINK memang tidak dinafikan antara nama yang paling diiktiraf dalam dunia K-Pop sekarang – terima kasih kepada kejayaan mereka melalui Coachella. Walaupun hanya memiliki 15 lagu dan tujuh video muzik di bawah mereka, kumpulan anak gadis ini meletup terutama pada penjualan album dan tiket konsert.

Album baharu mereka, Kill This Love terjual 350,000 salinan di China pada minggu pertama dikeluarkan dan lebih 250,000 salinan di Korea Selatan dalam tempoh lapan hari. Lebih menarik mereka turut diikat oleh jenama seperti Samsung, Louis Vuitton, Dior Beauty, dan moonshot. Bayangkan sumber pendapatan yang dimiliki oleh kumpulan ini.

4. TVXQ

Ppeminat tegar K-Pop akan ingat TVXQ, band budak lelaki yang memuncak naik pada ’00an. Kumpulan ini berjaya menjual lebih 10 juta rekod fizikal dalam tempoh 10 tahun pertama kerjaya mereka, yang terus memberikan hasil kepada mereka , termasuk jualan CD single artis luar tertinggi sepanjang masa di Jepun.

Walaupun dijenamakan semula sebagai artis duo pada 2011 dengan ahli asal U-Know Yunho dan Max Changmin, populariti mereka tidak tergugat — siri jelajah mereka  Begin Again dengan tiga persembahan di Nissan Stadium Jepun laris macam goreng pisang panas.. Lebih sejuta tiket dijual.

5. EXO

Digelar “Kings of K-pop” oleh media, EXO memuncak naik sejak penampilan pertama mereka. Album pertama mereka XOXO terjual lebih satu juta, sementara album terbaharu Don’t Mess Up My Tempo, pada peringkat prajualan sahaja sudah terjual 1.1 juta salinan.

Itu belum lagi konsert-konsert mereka – pada 2018, konsert “ElyXiOn [dot]”, lebih 1.15 juta beratur secara online untuk membeli tiket. Penyumbang kapada pendapatan mereka termasuk koloberasi mereka dengan Samsung, Nature Republic, malah francais Star Wars! – SM

(Visited 1,117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button