Politik

Sayang, UMNO tiba-tiba jadi penakut

ARTIKEL ini dipetik daripada salah satu komen dalam Facebook Suara Merdeka yang dikongsikan oleh seorang pengikut.

Berikut adalah apa yang dikongsikan:

Saya tak pasti sama ada ini sikap orang Melayu atau sikap orang UMNO (bukan semua). Berani cakap belakang-belakang, tapi tak berani bertindak. Cakap belakang berdegar-degar tapi nak bertindak masing-masing bertolak.

Perkara yang memang nampak tak betul pada asalnya tapi akhirnya akur dan terus akur. Dan akhirnya tiada apa-apa yang berubah.

Sampai bila kita nak jadi orang yang tidak berpendirian? Pengikut yang tak berprinsip? Ketua dilantik untuk membawa dan menyatukan pengikut. Dalam masa yang sama pengikut perlu mainkan peranan untuk tegur sesuatu yang tidak betul.

Bukan sentiasa menjadi pak turut yang akhirnya akan membinasakan. Kita perlu kuat dengan satu suara menyatakan tentang sesuatu yang tak betul. Dan itulah Melayu panasnya hanya sekejap. Mudah sangat digula-gulakan.

Sudah tiba masanya UMNO dan kita akar umbi kembali bertaring seperti satu ketika dahulu. Tunjukkan kesatuan kita. Mana pergi pahlawan, hulubalang dan pendekar UMNO yang hebat tanjaknya?

Kenapa akhirnya ikut sahaja dengan alasan Muafakat Nasional? Mungkin saya salah. Tapi dalam isu ini saya tak akan beralah!

UMNO jatuh tersungkur dalam PRU14 dan ketika itu tiada sekor pun bangsa lain yang tolong, umat-umat Melayu inilah yang sama-sama susah menjadi penyendal untuk bina semula dan mencantumkan semula sisa-sisa keruntuhan itu.

Sehingga akhirnya dua parti Islam yang dihuni oleh orang Melayu mampu bersatu dan aku juga turut hadir menjadi saksi detik-detik keramat penyatuan itu.

Tapi sayang, UMNO tiba-tiba jadi penakut dengan ugutan bangsa Kafir yang konon-kononnya pernah berjasa dengan BN.

Puihhh… berilah beribu alasan sekali pun, UMNO nampak terlalu lemah dalam hal ini. Jika kita mampu bina semula UMNO selepas PRU15, apa yang kita takut dengan ugutan dan cabaran MCA?

Kita bangsa yang kuat. UMNO sepatutnya ajar mereka belajar erti setiakawan. Dan jika MCA benar-benar jujur dan ikhlas dengan BN, laluan di Tanjung Piai sepatutnya diberikan kepada UMNO dan bukannya terus mendabik dada bagai hero kungfu dalam filem. Sedangkan dalam masa yang sama reputasi MCA sangat mengecewakan kita umat Melayu! MCA terlalu banyak dosa dengan sahabatnya UMNO.

Baiklah, apa pun calon telah diumumkan dan MCA mampu bangga rupa-rupanya mereka sangat bertaring dengan kelompok Melayu meskipun MCA sendiri sudah tiada taring dalam masyarakat Cina.

Terus terang saya katakan, saya tidak mendoakan BN menang di Tanjung Piai kerana bagi saya, ibarat kata pepatah menang jadi arang, kalah jadi abu. Tak perlu kita lambung-lambung calon MCA ni seolah-olah mereka terlalu berjasa dengan kita.

Sepatutnya inilah juga peluang kita mengajar calon dari MCA ini bahawa MCA tak mampu hidup jika tiada sokongan Melayu seperti mana selesanya Wee Ka Siong di Ayer Hitam. Biar mereka rasa peritnya kekalahan Itu strategi yang patut diambil.

MCA pun sepatutnya tak payah nak kecil-kecil hati, merajuk atau nak panas hati. Mereka sepatutnya bertanggungjawab menerima hukuman ini dengan hati yang terbuka. Jangan terlalu banyak sangat meminta tapi terlalu kurang buat kerja.

MCA telah ditolak oleh majoriti Cina dan menjadi tugas mereka untuk bawa semula masyarakat Cina ke pangkuan BN. Bukannya terus membawa watak tauke dalam BN. Lu pikirlah sendiri!Tapi sayangnya, kita terus mengambil pendekatan ‘yang penting BN menang biar siapa pun calonnya’. Maka berduyun-duyunlah kita. Kenapa takut sangat nak ajar bangsa mereka? Kenapa takut sangat nak lepaskan MCA dari BN sedangkan kita tahu sokongan bangsa mereka sejak dulu hanya lima peratus sahaja walau di mana-mana pilihan raya kecil sekali pun.

Mereka perlu diajar bahawa Melayu ini perlu dihormati bukan bangsa yang mudah diugut.

Mungkin akan ramai yang menyanggah pendapat saya ini. Itu tak jadi masalah. Kelompok macam saya ini memang akan dihina atau diumpat keji.

Saya bukan nak jadi hero pun dalam UMNO. Yang penting mesej saya kepada orang Melayu dan UMNO sampai dan jelas. Nak setuju atau tidak itu terpulang. Saya setia kepada pemimpin tetapi saya tidak akan berkompromi jika bangsa saya dicabar atau diperkotak katik oleh bangsa lain.

Seperti yang saya katakan biarlah ada yang menyatakan bahawa pendapat saya salah, tetapi sebagai anak Melayu yang bermaruah saya tidak akan mengalah.

Dan ingin saya peringatkan semula saya tetap akan berjuang bersama2-sma UMNO selagi hayat dikandung badan. Tapi jangan paksa saya untuk ikut telunjuk kepada sesuatu yang bacul!

Terima kasih kepada rakan-rakab UMNO yang sealiran fikiran dengan saya.

Allahuakhbar.

UMNO KINI, DULU DAN SELAMA2NYA…

-BOB-

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button