Alam Sekitar

Harimau Putus Asa Tinggal Di Kelantan, Mahu Berhijrah Ke Bandar Selepas Difitnah!

AMARAN : PENULISAN INI BERBENTUK SATIRA & BERISIKO ATAS PEMAHAMAN KEPADA GOLONGAN “PEMBARIS’

Seekor kancil menafikan dia dan kawanannya akan datang bermain-main di kawasan pembalakan yang banyak tumbuhan baharu.

Katanya, tumbuhan yang baharu tumbuh sudahlah masih jarang-jarang dan kalau hendak bersembunyi pun tiada tempat yang selamat.

“Jangan ingat kami ini kancil yang bodoh dan tak tahu apa-apa. Kami ada kawan dari bangsa manusia yang laporkan perkara ini.

“Kawasan selepas pembalakan adalah gondol. Celah mana kami boleh selamatkan diri? Kalau cakap banyak kawasan terdedah saya setuju,” katanya.

Kancil berkata demikian mengulas kenyataan yang dibuat Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah kononnya banyak tumbuhan baharu akan menarik kehadiran haiwan seperti kancil untuk menjadi makanan harimau.

Sementara itu, seekor harimau yang sememangnya membesar di negeri Kelantan sejak tahun 80-an mendakwa kecewa dengan kenyataan dibuat.

Baginya baik haiwan kecil atau haiwan besar, hutan yang tebal adalah tempat terbaik untuk tinggal dalam ekosistem yang praktikal.

“Saya tak tahulah yang buat kajian dan kenyataan itu pakai rasuah yang mana. Sama ada bawah meja atau untuk sara anak isteri.

“Saya kecewa dan saya dah tak mahu duduk di Kelantan. Nak pindah ke bandar. Penat asyik kena fitnah begini!” katanya.

Ketika ditanya adakah benar harimau datang ke perkampungan Orang Asli berpunca daripada aktiviti pembalakan secara berleluasa, ini adalah jawapannya.

“Ya, betul. Sebab dekat situ ada banyak pokok-pokok. Ada kawasan untuk main-main dan sembunyi. Kalau ada daging, itu jackpot.

“Tapi di sini jelas membuktikan haiwan akan berada di kawasan yang berpokok. Jadi jangan pandai-pandai kata kami suka kawasan tumbuhan bahru,” tegasnya.

(Visited 668 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button