Nasional

Pemandu, pengusaha agensi pelancongan boleh didakwa walau dikurangkan kompaun

PEMANDU dan pengusaha agensi pelancongan berlesen di negara ini perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan industri pelancongan negara ini kembali rancak, mereka diberikan diskaun 40 peratus bagi menjelaskan kompaun yang dikenakan.

Oleh demikian, mereka perlu menjelaskannya atau terpaksa berhadapan dengan pendakwaan.

Namun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) memaklumkan pemandu dan pengusaha yang menghadapi kesukaran boleh membuat bayaran sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Inisiatif MOTAC itu adalah tertakluk di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Peraturan-Peraturan.

“Bagi membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan daripada penularan Covid-19, MOTAC mempertimbangkan memberi diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus.

“Diskaun tersebut diberikan kepada pengusahaan pelancongan berlesen dan membantu pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompau oleh MOTAC sehingga 30 Jun 2021.”

Kata MOTAC menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini bagi membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan kegagalan menjelaskan kompaun dikeluarkan boleh itu menyebabkan pendakwaan dibuat kepada syarikat atau pemandu pelancongan. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button