Nasional

Jalan ditutup untuk Dong Zong bersidang bantah Jawi

BEBERAPA jalan utama di Kajang ditutup sempena persidangan bantahan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Sabtu ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan penutupan jalan utama itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang.

Jalan-jalan yang ditutup adalah:

  1. Lampu Isyarat Jalan Kuala Lumpur – Seremban/Jalan Bukit
  2. Lampu Isyarat Jalan Changkat/Jalan Bukit
  3. Lampu Isyarat Jalan Bukit Indah/Jalan Bukit
  4. Jalan Jati/Jalan Bukit
  5. SILK Highway/Jalan Bukit

*Peringkat pertama
Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Bukit Indah/Jalan Bukit dan Jalan Jati/Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau oleh anggota trafik. Pergerakan kenderaan seperti biasa.

*Peringkat kedua
Penutupan simpang jalan di para 1 dan para 2 akan ditutup berperingkat-peringkat mengikut keadaan lalulintas dan di lokasi penganjuran.

Arahan-arahan semasa

▪Sila patuhi arahan semasa daripada pegawai kawalan lalulintas yang mengawal di laluan yang berkenaan ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.

▪Sentiasa kawal kelajuan dan kenderaan masing-masing agar tidak berlaku kemalangan dan lain-lain perkara yang tidak diingini.

▪Elakkan dari menggunakan laluan-laluan yang akan ditutup dan gunakan laluan alternatif lain untuk menjalankan urusan harian.

▪Kerjasama daripada penduduk setempat dan orang ramai amat-amat diperlukan sepanjang penutupan jalan ini.

▪Segala kemusykilan boleh berhubung dengan Bilik Gerakan IPD Kajang di talian 03-89114242.

Dong Zong sebelum mengulangi pendirian mahu meneruskan persidangan isu tulisan jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di Kolej New Era, Kajang.

Ahli jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong berkata, persidangan itu menggantikan perkataan kongres dan setakat ini lebih 100 pertubuhan Cina di seluruh negara menyatakan persetujuan mereka untuk hadir.

Katanya, pihaknya menegaskan ini bukan isu perkauman, sebaliknya ia isu pendidikan di sekolah.

Kerajaan sebelum ini mengingatkan bahawa penganjuran satu kongres oleh Dong Zong bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Beberapa pihak sebelum ini turut menggesa kerajaan untuk mengharamkan Dong Zong kerana didakwa menghasut dan menetang usaha kerajaan untuk memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaa.

Sebuah petisyen dalam talian turut dilancarkan di change.org dan telah mengutip lebih 250,000 tandatangan yang mahukan Dong Zong diharamkan.-SM

 

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button