Bola SepakSukan

Harimau Malaya kempunan julang Piala Raja Thai

Hajat skuad Harimau Malaya tidak kesampaian ingin mengukir kejayaan kali kelima menjulang Piala Raja Thai ke-48 2022 apabila tunduk 0-3 kepada Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan akhir di Stadium Chiang Mai malam tadi.

Penantian 44 tahun untuk skuad Harimau Malaya melakar satu lagi kejayaan sejak dibimbing jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon tidak kesampaian.

Barisan pemain simpanan dan pihak pengurusan menyaksikan penentuan sepakan penalti yang memihak kepada Tajikistan. Foto Ihsan FAM

Tiga sepakan penalti dua daripadanya berjaya diselamatkan penjaga gol Tajisktan, Rustam Yatimov bermula dengan sepakan pertama oleh ketua pasukan, Dions Cools sebelum disusuli Faiz Nazmi manakala Safawi Rashid pula mengenai palang gol.

Manakala Vahdat Hanonov, Komron Tursunov dan Rustam Sirov yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti Ahmad Syihan dalam penentuan tersebut.

Barisan pemain Harimau Malaya bersalaman dengan barisan simpanan selepas tunduk kepada Tajikistan 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pujian harus diberikan kesebelasan utama negara kerana berjaya mengikat pasukan yang berada di ranking ke-109 dunia itu sehingga ke akhir perlawanan.


Dalam keadaan padang becak selepas hujan turun sebelum perlawanan bermula sedikit menjejaskan rentak perlawanan skuad negara sebalik Tajikistan banyak menguasai babak perlawanan.

Skuad negara bernasib baik apabila jaringan Rustam Sirov pada minit ke-85 dibatalkan pengadil perlawanan Wiwat Jumpaoon selepas penjaga garisan mengangkat bendera selepas mendapati pemain Tajikistan itu berada pada posisi ofsaid.

Begitupun aksi skuad bimbingan jurulatih Pan-gon tampak pincang gagal beraksi cemerlang dalam keadaan padang becak sebaliknya Tajikistan lebih sempurna mengatur gerakan sering mengancam benteng pertahanan negara diketuai Dions Cools.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan kekasaran yang banyak dilakukan pemain negara yang silih berganti dilayangkan kad kuning.

Tindakan bijak Pan-gon mengeluarkan Mohamadou Sumareh pada babak kedua apabila pemain itu nyaris dilayangkan kad kuning kedua atas kekasaran yang dilakukannya pada minit terakhir babak 45 minit
hendak ditamatkan.

Penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pula wajar mendapat pujian kerana banyak menyelamatkan pintu gol daripada beberapa percubaan berbahaya Tajikistan khususnya pada babak kedua sepanjang tempoh 10 minit sebelum babak perlawanan tamat.

Kemasukan ‘ayam tambatan’ Arif Aiman dan Darren Lok pada babak kedua menyaksikan aksi lebih bertenaga namun tuah tidak memihak kepada skuad Harimau Malaya.

Peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi sepakan Safawi Rasid dari luar kotak penalti pada minit ke-57 namun berjaya ditepis penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button