Nasional

Program Sulam Seni Sastera @Komuniti SMKBB2020, bermanfaat untuk komuniti

PROGRAM Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) anjuran kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK3103) , Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi impak kepada 43 murid Sekolah Menengah Bandar Behrang 2020.

Prof Norkhalid bersama mahasiswa UPSI yang menjayakan program SULAM Seni Sastera @ Komuniti SMKBB2020 dan Gotong Royong Perdana 2023.

Pengarah program Seni Sastera @ Komuniti SMKBB2020, Nur Izzah Amit berkata peluang melaksanakan program itu memberi pengalaman positif kepada mahasiswa sebelum menjalani Latihan Mengajar di sekolah dan berkhidmat untuk komuniti nanti.

Mahasiswa UPSI mengadakan gotong royong menanam pokok bunga di halaman SMKBB2020.

“Kami membimbing murid kelas seni mendeklamasi sajak dan sememangnya mereka berbakat jika diberi peluang selain membuat Senam Seni bersama ,” katanya.

Katanya, semua peserta komited membuat perancangan agar semua aktiviti SULAM berjalan dengan lancar sepanjang program berlangsung agar ia memberi manfaat kepada murid SMKBB2020.

Che Sabry menyampaikan hadiah Pertandingan Deklamasi Sajak.

Program Seni Sastera @ Komuniti SMKBB2020 yang diadakan sempena Program Gotong-Royong Perdana 2023 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 dengan kerjasama EmpowerNCER Akademik@Perak yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UPSI merangkap Ketua Projek EmpowerNCER Akademik @Perak.

Mahasiswa Kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI menjayakan Senam Seni di Dataran SMKBB2020.

Prof Dr Norkhalid dalam ucapan perasmiannya berkata sempena program, berbangga dengan komitmen seramai 150 mahasiswa kursus penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK3103) mengadakan program Sastera Kreatif@Komuniti SMKBB2020 sebagai curahan khidmat komuniti bersama warga SMKBB2020, serta ibu bapa selaras dengan aspirasi NCER.

Prof Norkhalid yang mewakili EmpowerNCER Akademik@Perak turut menyampaikan sumbangan RM1,000 bagi menjayakan program komuniti Gotong Royong Perdana 2023 berkenaan.

Mahasiswa UPSI mengendalikan sesi membimbing deklamasi sajak

“Program SULAM memberi penekanan terhadap sumbangan mahasiswa kepada komuniti dan dalam masa sama mereka dapat menyampaikan ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah demi kebaikan komuniti,” katanya.

UPSI, katanya, sentiasa memberi penekanan tentang aspek akhlak sperti rasa kemanusiaan dan keprihatinan mahasiswa terhadap pelbagai bentuk seperti menggerakkan bantuan dan sumbanga, bantuan tenaga serta perkongsian ilmu.

“Hari ini menyaksikan mahasiswa mencurahkan ilmu, bersenam dan bergotong royong bersama komuniti yang mencerminkan komitmen mereka yang tinggi dan bersedia berbakti,” katanya.

Nur Izzah selaku pengarah program Seni Sastera @ Komuniti SMKBB2020 bersama murid SMKBB2020 sewaktu sesi bimbingan deklamasi sajak.

Penasihat program, Profesor Madya Dr Ghazali Din berkata program SULAM yang dinamakan Seni Sastera @ Komuniti SMKBB2020 itu diadakan separuh hari bermula seawal pukul 7.00 pagi membabitkan lebih 100 mahasiswa.

“Program ini bertujuan melatih mahasiswa berkongsi ilmu yang dipelajari di dalam kelas bersama komuniti iaitu 43 murid SMKBB2020,” katanya.

Pengarah Program , Nur Izzah Amit

Sementara itu Pengetua SMKBB2020, Che Sabry Deraman menyifatkan program Seni Sastera @ Komuniti SMKBB2020 sempena program Gotong Royong Perdana 2023 itu sebagai berjaya kerana ia turut membabitkan kerjasama padu pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dan Jabatan Mekanikal , Politeknik Sultan Azlan Shah.

Hadir sama Pengerusi KRT Bandar Behrang 2020, Kamarul Beharim Lasa dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril merangkap Timbalan Ketua Projek EmpowerNCER Akademik@Perak. -SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button