Nasional

Hari Sarawak tetap diraikan dengan penuh makna – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sambutan Hari Sarawak memberi makna cukup besar kerana pada tarikh ini, negeri itu secara rasmi mula ditadbir  anak Sarawak sendiri 58 tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-19, beliau yakin sambutan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul.

“Selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak. Sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri.

“Saya yakin Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik Covid-19. Selamat Hari Sarawak 2021.  Sarawak Gemilang Untuk Semua,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button