Nasional

Hari Raya catat 60 kes baharu Covid-19

VIRUS Covid-19 tidak mengenal hari atau waktu. Untuk hari pertama Aidilfitri ini kes positif menunjukkan peningkatan  berbanding semalam apabila 60 kes baharu dilaporkan.

Tujuh daripada kes tersebut adalah yang mendapat jangkitan di luar negara.

Sementara daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Daripada kes bukan warganegara itu, 27 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih manakala enam kes lagi di sebuah kluster baharu di DTI Sepang.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,185. Ingin dimaklumkan daripada 60 kes baharu yang dilaporkan, tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam kes di sebuah kluster baharu di DTI Sepang,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau memberitahu sebanyak 33 kes yang telah pulih dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad adalah 5,945 kes atau 82.1 peratus.

Bagaimanapun kata beliau, tidak ada kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.59 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini katanya, terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut mengingatkan meskipun hari ini merupakan sambutan Aidilfitri dan cuti umum di Malaysia, ramai anggota barisan hadapan masih bertugas.

“Jika sebelum ini masyarakat bergantung kepada anggota barisan hadapan untuk membendung penularan COVID-19, kini anggota barisan hadapan pula mengharapkan masyarakat dapat memainkan peranan lebih besar dalam memerangi wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, petugas barisan hadapan berharap agar seluruh masyarakat Malaysia memainkan tanggungjawab sosial dan kawalan kendiri bagi memastikan prosedur operasi sandard (SOP) dapat dipatuhi dalam tempoh perayaan ini.

Melalui norma dan kebiasaan baharu ini kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 semasa dan selepas musim perayaan ini, katanya. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button