Ekonomi

Bliese lancar Bliese Body Perfume 12ml

BERSEMPENA tahun yang ke-4 syarikat wangian Bliese di pasaran, Bliese kini melancarkan 10 bauan baharu bagi wangian badan iaitu Bliese Body Perfume 12ml. Antara inovasi terbaru yang dilakukan adalah dengan mencipta 10 bauan terbaru bagi Bliese Body Perfume 12ml termasuk lelaki dan wanita serta terbahagi kepada 5 jenis kategori yang sesuai dengan aktiviti orang Asia iaitu Office Approved, Chillax, Athleisure, AM:PM dan Private Affair.

Penambahbaikkan telah dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti, mudah dibawa kemana sahaja serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.

“Pelancaran ini adalah disebabkan kami ingin mengeluarkan satu produk dengan harga yang kompetitif, mampu milik tetapi masih mengekalkan kualiti iaitu bauan yang lebih premium. Dengan harga yang mampu milik, permintaan Bliese Body Perfume 12ml ini akan meningkat dan dapat membantu reseller Bliese untuk memudahkan penjualan dimana ia sesuai dengan keadaan semasa.” ujar Suhaimi Saiful atau Remy selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bliese.

Selain itu, Bliese Body Perfume diformulasikan dengan jenis kepekatan Eau De Parfum, dimana ia dapat bertahan sehingga 8 jam dan menepati spesifikasi pengguna di Asia, dimana bahan asas diimport dari Eropah serta Bliese bekerjasama dengan ‘perfumer’ terkenal dunia.

Bliese memberi jaminan bahawa Bliese Body Perfume selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan dari International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf HALAL.

Sebanyak 10,000 unit terjual dalam masa hanya 1 hari selepas pelancaran Bliese Body Perfume 12ml. Terbukti Bliese Body Perfume yang mempunyai 5 bauan lelaki dan 5 bauan wanita ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Mengulas mengenai pelancaran produk Bliese Body Perfume 12ml terbaru itu, Suhaimi Saiful berkata, ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna tempatan.

Fokus utama syarikat wangian tempatan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang tahun 2024. Sehingga hari ini, Bliese telah mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia.

Anda diluar sana yang sukakan wangian, patut mencuba Bliese Body Perfume 12ml hari ini serendah RM25.00 sahaja! Dapatkan dari reseller Bliese yang sah di seluruh Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Bliese rancang kembangkan jenama ke rantau Asia

 

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button