Agama

Hari Ketiga KT95 di Madinah: Syukur Dapat Tunaikan Ibadah Dengan Tenang dan Teratur

Madinah, 29 Jun 2025 – Suasana ibadah haji tahun ini disifatkan penuh kesyahduan dan ketenangan, apabila hanya jemaah yang mempunyai Nusuk (permit sah haji) dibenarkan memasuki Kota Mekah. Langkah ini telah mengurangkan kesesakan luar kawalan dan membolehkan para jemaah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelaksanaan rukun Islam kelima dengan lebih tertib.

Wakil rombongan KT95, Haji Mohd Yusri bin Haji Yusop, ketika ditemui di Jabal Malaikat, Kota Badar, Madinah, menzahirkan kesyukuran kerana diberi peluang memasuki Raudhah dengan permit rasmi yang disediakan oleh Tabung Haji Malaysia.

“Walaupun saya merupakan wakil Pengelola Jemaah Haji (PJH) dari CS Holidays, kami tetap berterima kasih kepada Tabung Haji. Tanpa kelulusan mereka, tiada PJH yang boleh membawa jemaah haji Malaysia,” ujarnya.

Haji Mohd Yusri juga mendoakan agar semua jemaah haji Malaysia yang akan pulang ke tanah air dikurniakan haji mabrur dan sentiasa dalam lindungan Allah sepanjang perjalanan pulang.

Menurut beliau, ketenangan dan pengurusan yang cekap sepanjang musim haji kali ini mencerminkan kerjasama erat antara PJH dan Tabung Haji, selain sikap patuh jemaah kepada garis panduan yang ditetapkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button