JenayahNasional

Warga asing bawa lari RM15,000 milik pengusaha restoran ditahan

KECEKAPAN pasukan polis terbukti apabila berjaya menahan seorang pelanggan warga asing selepas beberapa jam melarikan wang milik pengusaha sebuah restoran di Jalan Tenggiri 17/23, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditangkap kira-kira pukul 4 petang di tempat kejadian susulan laporan polis oleh pengusaha restoran berkenaan.

Beliau berkata, pemilik restoran telah membuat laporan polis semalam dengan menganggarkan jumlah kerugian RM15,000 selepas wang dalam beg tangan hilang.

“Suspek adalah lelaki warga Indonesia dikenal pasti sebagai pelanggan yang sering ke restoran berkenaan.

“Pasukan polis  dari Balai Sri Muda mengesan dan menangkap suspek berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Baharudin berkata, dalam tangkapan yang dibuat itu, polis merampas beg tangan mangsa bersama wang tunai untuk siasatan lanjut.

“Dan ketika tangkapan ke atas suspek, jumlah wang dijumpai semula sebanyak RM9,500 di mana suspek mengaku sempat membelanjakan wang itu,” jelas beliau.

Beliau berkata, permohonan reman dibuat terhadap suspek untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di restoran pada pukul 11.15 pagi, suspek kelihatan mundar-mandir di kaunter restoran sebelum bertindak mengambil beg tangan yang diletakkan di sebalik kaunter, memasukkan ke dalam bajunya dan melarikan diri. – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button