Ekonomi

Harga RON 95 dan RON 97 kekal, diesel turun 3 Sen

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 25 April sehingga 1 Mei ini.

Harga runcit diesel pula turun tiga sen seliter kepada RM1.40.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – BERNAMA 

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button