Uncategorized

OceanGate masih tidak serik, buka lagi ekspedisi tahun 2024

Selepas lima orang terkoban dalam ekspedisi melawat kapal Titanic baru-baru ini, kelihatan syarikat OceanGate seperti tidak serik kerana masih membuka ruang ekspedisi untuk tahun 2024 kepada orang ramai.

Ramai warganet yang mengkritik syarikat tersebut kerana tidak mengambil iktibar atas apa yang telah menimpa nasib mangsa-mangsa dalam kapal Titan yang meletup berhampiran bangkai Titanic.

OceanGate masih tidak serik, buka lagi ekspedisi tahun 2024

Kematian itu telah mengejutkan orang ramai kerana individu yang terlibat bukanlah dari kalangan orang biasa-biasa termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush dan jutawan British iaitu Hamish Harding.

Serpihan kapal selam titan juga telah ditemukan dalam dasar laut bersama cebisan mayat manusia.

Untuk maklumat, pada 18 Jun komunikasi antara kapal selam Titan yang membawa lawatan pelancong ke bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik terputus.

Usaha pencarian diteruskan selama empat hari, namun pada 22 Jun pegawai pantai mengumumkan bahawa kapal Titan telah meletup.

Artikel Berkaitan :>

Kapal selam yang membawa pelancong lawat bangkai Titanic meletup

Kapal selam bawa pelancong untuk lawat bangkai Titanic hilang

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button