NasionalNegeriTravel

Pavilion Padang Besar dibuka September ini

Pavilion Padang Besar yang merupakan landskap baharu ekonomi bandar sempadan dijangka akan mula beroperasi November ini.

Izizam Ibrahim

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, 110 lot kedai di Pavilion ini juga bakal dibuka sehingga ke malam.

Katanya, setakat kini kesemua lot kedai ini telah siap disewa oleh peniaga.

Selain itu katanya, Plaza Niaga yang menempatkan 82 lot niaga juga bakal dibuka tidak lama lagi.

“Setakat ini tinggal 10 peratus lagi kerja-kerja akhir sebelum sepenuhnya dibenarkan beroperasi,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di kawasan berkenaan yang turut dihadiri wakil Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan juga Majlis Perbadaran Kangar (MPK).

Katanya, jejantas untuk pejalan kaki bagi yang menaiki kereta api di Padang Besar juga dijangka siap bulan depan.

“Kini pengguna kereta api mempunyai pilihan sama ada berkalan kaki atau menyewa teksi dan sebagainya,” katanya.

Selain itu katanya, tambahan satu lagi lorong di bulatan Padang Besar juga akan dilakukan pada bulan depan.

Pavilion Padang Besar

“Dengan tiga lorong semuanya pada masa depan diharap akan membantu mengurangkan kesesakan pada waktu puncak,” katanya.

Izizam menambah, bagi menghidupkan jalan yang berdekatan KFC di Padang Besar pula akan dihiasai dengan lampu-lampu seperti Persiaran Makanan Bintong.

“Pada sepanjang jalan ini ada ada jualan makanan, “bundle” dan sebagainya sebagai daya tarikan baharu kepada pelancong dari Thai dan sebagainya,” katanya. – SM

(Visited 747 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button